Sorting by

×

ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA, SEMAI SEMANGAT CINTAKAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

GADEK 12 April – Konsep Alor Gajah: Kampung Kita dibawakan sempena siri ke-12 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek tersirat makna besar yang menyuburkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, konsep Alor Gajah Kampung Kita membawa mesej semua lapisan rakyat sebenarnya sebuah keluarga besar dalam negeri yang dicintai ini.

“Inilah yang dimaksudkan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang tidak memilih, tidak meminggir dan tidak melupakan sesiapa.

“Sepanjang tempoh berlangsung WRUR siri ke-12 ini kita akan mengangkat suara orang-orang di DUN Gadek,  menerusi Program Hari Aduan Rakyat yang sudah berlangsung setakat ini kita menerima sebanyak 69 aduan yang merangkumi pelbagai isu dan harapan rakyat,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat & Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di Taman Sebang Gemilang, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan merangkap Adun Asahan.

Yang turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mustafa Musa dan Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Ab Rauf yakin dengan kekuatan lebih 80 program santuni rakyat yang akan dilaksanakan di WRUR DUN Gadek kali ini akan memberi impak yang lebih menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

293
Kongsi :
Previous post WRUR UBAH BIROKRASI, SELESAIKAN 1,983 ADUAN RAKYAT MELAKA 
Next post TOK RAOP RAIKAN PESARA POLIS, BAKAL HAJI PARLIMEN MASJID TANAH