
AMBULANS TERBALIK, PEMBANTU PERUBATAN CEDERA
PANTAI KUNDOR 20 Jun – Pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera selepas ambulans dinaikinya terbalik dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, pagi tadi.
Dalam kejadian jam kira-kira jam 10.40 pagi itu, ambulans terbabit dikatakan tidak membawa pesakit.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada jam 10.48 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu bersama lapan anggota bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba di tempat kejadian pasukan penyelamat mendapati terdapat sebuah ambulans dinaiki dua lelaki terbalik diatas jalan raya.
“Akibat kemalangan itu pembantu perubatan berusia 30-an dilaporkan mengalami kecederaan manakala pemandu berusia 40-an selamat.
“Pasukan bomba kemudian berjaya membawa keluar mangsa dan diberi rawatan awal,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 12.47 tengah hari selepas pasukan bomba memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF HARGAI PENGORBANAN 200 WARGA MBMB BERTUGAS DI AIDILFITRI
AYER KEROH 17 Mac - Pengorbanan kira-kira 200 warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertugas sempena sambutan Hari Raya...
BANDA HILIR DIJANGKA JADI TUMPUAN AIDILFITRI INI
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjangkakan kehadiran pengunjung ke kawasan Banda Hilir mencecah lebih 50,000...
SKM SEMARAK IHYA RAMADAN KOPERASI MELAKA
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka menganjurkan Program Ihya Ramadan Bersama Gerakan Koperasi Negeri...
PARKIR PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN ‘MOOD’ RAYA DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 17 Mac - Inisiatif parkir percuma selama seminggu membabitkan hampir 40,000 petak parkir di bawah pihak berkuasa tempatan...
RAMADAN BAWA KECERIAAN BUAT ANAK ISTIMEWA ALOR GAJAH
REMBIA 17 Mac - Raut ceria jelas kelihatan di wajah 137 pelatih asnaf Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Parlimen Alor...
MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN, DIYAKINI PELABUR
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Nilai pelaburan tertinggi berumlah RM14.68 bilion dalam tempoh 22 tahun direkodkan di Melaka mencerminkan perkembangan...
