
ANAK GAJAH JANTAN MATI DILANGGAR LORI KONTENA DI GERIK
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa anak gajah berusia kira-kira lima tahun yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu pada 3.30 pagi.
“… anggota PERHILITAN telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu tular gambar dan video di media sosial seekor anak gajah yang dilanggar, terperosok di bawah sebuah lori kontena, dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya.
Yusoff berkata ibu gajah itu telah diselamatkan anggota Perhilitan dan akan dilepaskan semula habitat semula jadi yang sesuai dan selamat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SERAH 100 KIT MESRA IBADAH KEPADA 3 HOSPITAL
PENGKALAN BATU 17 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 100 kit mesra ibadah kepada tiga buah hospital di...
MELAKA REKOD 25 KESALAHAN PENIAGA GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU
PENGKALAN BATU 17 Mac - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Skim...
KETUA MENTERI RAI PETUGAS PEMBERSIHAN SWM
AYER LIMAU 17 Mac - Peranan dimainkan oleh setiap petugas pembersihan dianggap amat besar terutama dalam menyokong usaha pembangunan negeri...
AIDILFITRI: MELAKA TINGKAT KUALITI JALUR LEBAR UNTUK KESELESAAN ANAK PERANTAU
ASAHAN 17 Mac - Kualiti liputan jalur lebar di Melaka, khususnya dalam kawasan luar bandar dipertingkat bagi memberi keselesaan kepada...
MBMB TERUS MELAKAR KEJAYAAN – KM
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merangkul 35 pengiktirafan dan anugerah...
LELAKI MAUT, 4X4 DIREMPUH TRELER KETIKA BERHENTI TEPI JALAN
ALOR GAJAH 17 Mac – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah...
