Sorting by

×

ANGIN KENCANG: OPERASI MENARA TAMING SARI DIHENTIKAN SEMENTARA

Masa Membaca:51 Saat

BANDA HILIR 4 Januari – Walaupun menerima sambutan menggalakkan daripada pelancong, Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) terpaksa menghentikan operasi Menara Taming Sari buat sementara waktu atas faktor keselamatan susulan angin kencang.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nur Azan Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat susulan sistem keselamatan menara yang memberi isyarat supaya operasi dihentikan apabila keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Pada struktur Menara Taming Sari terdapat kabel keselamatan yang akan memberikan ‘signal’ (amaran) sekiranya cuaca tidak sesuai untuk operasi dijalankan.

“Oleh itu, operasi dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan kerana ini bukan melibatkan isu teknikal, sebaliknya faktor cuaca yang sukar dijangka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Menurut Nur Azan, pihak pengurusan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan walaupun menyedari rasa kecewa dalam kalangan pengunjung.

“Kami memahami perasaan pelancong dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Keselamatan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Menara Taming Sari akan kembali beroperasi sebaik keadaan cuaca kembali stabil dan selamat.

“Diharapkan pengunjung terus memberi sokongan kepada tarikan pelancongan ikonik negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

509
Kongsi :
Previous post MPJ TUMPU PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR, PERKASA ‘JASIN COMMAND CENTRE’
Next post KETUA MENTERI PUJI KECEKAPAN SUKARELAWAN PARAKOM