Sorting by

×

ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN JADI KEUTAMAAN MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 26 Februari – Pemantauan kebersihan secara harian dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di semua bazar Ramadan dalam kawasan pentadbirannya bagi memastikan peniaga mematuhi garis panduan kebersihan makanan ditetapkan.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, peniaga atau pengendali makanan di bazar Ramadan seharusnya perlu memastikan jualan berada dalam keadaan bersih dan selamat.

“Pemantauan kebersihan memang diadakan setiap hari oleh pasukan kami disemua 11 bazar Ramadan
dibawah kawasan pentadbiran MPHTJ.

“Untuk itu saya menyeru kepada semua peniaga bazar supaya pastikan aspek kebersihan berada ditahap yang baik kerana kita tidak boleh memandang remeh pada isu kebersihan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Menyantuni Peniaga Bazar Ramadan Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh, pada Selasa.

Menurut Sapiah, setiap bazar Ramadan mempunyai penganjur yang bertanggungjawab memastikan semua peniaga mematuhi syarat dan garis panduan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pada peringkat awal ini kita akan berikan teguran terlebih dahulu misalnya berkaitan pemakaian apron sekiranya didapati ada diantara peniaga tidak berbuat demikian.

“Selain itu juga sekiranya didapati masih ada peniaga tidak mengikuti garis panduan ditetapkan MPHTJ akan memaklumkan atau membuat teguran kepada penganjur terlebih dahulu.

“Jika masih tiada teguran dibuat kepada peniaga untuk tambah baik tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak MPHTJ,” katanya.

Terdahulu, pada program itu seramai 150 peniaga menerima apron, topi dan kit penjagaan kuku daripada MPHTJ.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET
Next post ‘PERHATI DAN PILIH’ DIDIK MASYARAKAT JADI PENGGUNA BIJAK