Sorting by

×

BACAAN RADIASI RENDAH, STRUKTUR TELEKOMUNIKASI SELAMAT DIBINA DI KAMPUNG JUS PERMAI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ASAHAN 8 Januari – Agensi Nuklear Malaysia mengesahkan bahawa bacaan radiasi elektromagnet di kawasan pembinaan struktur telekomunikasi di sekitar Asahan berada jauh di bawah paras had yang ditetapkan.

Penolong Jurutera Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Unit Sinaran Tidak Mengion (NIR) Agensi Nuklear Malaysia, Nur Afrina Zainal berkata, pihaknya telah menjalankan dua ujian radiasi di tapak pencawang Jalan Selandar dan Taman Batang Melaka Baru dan mendapati bacaan radiasinya rendah mengikut ketetapan pihak berkuasa.

Jelasnya, ujian radiasi tersebut telah dilakukan secara terus di lokasi pencawang dan data yang dipaparkan adalah bacaan sebenar tanpa pengubahsuaian terus daripada alat yang digunakan.

“Pengujian yang dijalankan adalah secara masa yang nyata di dua lokasi sekitar Asahan mendapati bacaan medan elektrik (electric field) dan kepadatan kuasa (power density) adalah sangat rendah,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di tapak ujian liputan bacaan radiasi struktur telekomunikasi di Taman Batang Melaka Baru, di sini, hari ini.

6269346054281039269
BACAAN ujian radiasi masa sebenar yang ditunjukkan kepada penduduk. Foto Afiq Mustaffa

Mengulas lanjut, Nur Afrina berkata, bacaan aras radiasi pada pencawang telekomunikasi sedia ada telah mengikut piawaian dan garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Radiasi Bukan Mengion (ICNIRP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Bacaan yang kita peroleh daripada dua ujian yang dilakukan adalah dalam unit milivolt per meter (mV/m) atau mikrovolt per meter.

“Hasil bacaan jauh lebih rendah berbanding had maksimum iaitu 61 volt per meter (V/m) yang ditetapkan oleh MCMC dan ICNIRP,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3213
Kongsi :
Previous post MENARA TELEKOMUNIKASI KAMPUNG JUS PERMAI BERI MANFAAT LEBIH 500 PENDUDUK, TERMASUK PELAJAR IPT
Next post PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI TIDAK JEJAS NILAI HARTANAH