
Baik pulih Perkampungan Hang Tuah libat peruntukan RM4 juta
AYER KEROH 14 Jun – Perkampungan Hang Tuah di Duyong akan ditutup sementara bagi kerja-kerja naik taraf dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata kerja-kerja naik taraf tersebut akan dilakukan sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Katanya, perkampungan tersebut ditutup sementara kepada orang ramai bagi memberi laluan untuk proses baik pulih infrastruktur dan barang pameran.
“Peruntukan keseluruhan di Perkampungan Hang Tuah adalah sebanyak RM4 juta.
“Dari jumlah tersebut, RM2.5 juta adalah untuk kerja-kerja baik pulih infrastruktur manakala RM1.5 juta adalah untuk baik pulih barang-barang pameran dan penambahan tarikan baharu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata orang ramai tidak dibenarkan masuk atau melawat ke perkampungan tersebut bagi faktor keselamatan.
“Kita tutup sementara kepada orang ramai bagi menyiapkan kerja-kerja baik pulih dan akan dibuka menjelang TMM2024 nanti.
“Tempoh kerja-kerja baik pulih tersebut akan dilakukan segera dan sehingga kini masih dalam proses mencari kontraktor yang bersesuaian menjalankan kerja-kerja baik pulih terbabit,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN TERUSKAN OPERASI PEMBENIHAN AWAN, BANTU TINGKAT PARAS AIR EMPANGAN MELAKA
DUYONG 10 April – Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha pembenihan awan di Melaka bagi memastikan keperluan bekalan air negeri ini...
DARI THREAD KE REALITI: TPM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA MeSRa DI DUYONG
DUYONG, 10 April – “Dengar cerita malam ini ada makan-makan dekat Duyong?” Bermula dengan gurauan di Threads, akhirnya menjadi realiti....
MBMB PERINTIS TONG SAMPAH PINTAR PERTAMA DALAM NEGARA
AYER KEROH 10 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
YB ALONG BANTU REALISASIKAN IMPIAN ORANG ASAHAN MILIKI RUMAH
ASAHAN 10 April - Tawaran lot tanah antara inisiatif dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan...
RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH DALAM KESEDERHANAAN
PENGKALAN BATU 10 April - Kira-kira 1,500 tetamu hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
RUMAH BAHARU ROSMARIA ABADI KASIH ARWAH SUAMI
ASAHAN 10 April - Rumah baharu hasil perjuangan arwah suami yang bakal siap tidak lama lagi dianggap sebagai 'hadiah' paling...
