
Bajet 2023: Rakyat dijemput beri maklum balas berkaitan program subsidi bersasar
Menurut MOF dalam kenyataan hari ini, maklum balas kepada Tinjauan Umum tersebut boleh dimuat turun melalui laman web https://budget.mof.gov.my/bajet2023/kertaskonsultasi/.
“MOF mengalu-alukan maklum balas bagi Tinjauan Umum ini dilengkapkan dan dikemukakan sebelum atau pada 30 Ogos 2022,” katanya.
Katanya langkah ini untuk memastikan subsidi yang disediakan kerajaan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada kumpulan sasar.
“Tinjauan Umum ini juga merupakan pendekatan baharu MOF dalam siri penerbitan Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha untuk menjadikan proses penyediaan bajet tahunan lebih telus dan penglibatan semua pihak secara menyeluruh,” katanya.
Menurut MOF, kerajaan yakin penerbitan KKA akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing bagi membolehkan kerajaan merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar pembangunan sosio-ekonomi negara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KRISIS ASIA BARAT: RAMAI PILIH MELANCONG DALAM NEGARA, RANTAU ASIA
BUKIT KATIL 7 April - Ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dilihat mengubah corak pelancongan apabila permintaan terhadap pakej pelancongan domestik...
MBMB ANJUR LEBIH 20 PROGRAM SEMPENA ULANG TAHUN KE-23
BANDA HILIR 7 April - Lebih 20 program dan aktiviti menarik bakal mewarnai Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah bulan...
25 LAMPU SOLAR TERANGI LALUAN GELAP MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 7 April - Berapa laluan gelap dan berbahaya kerap berlaku kemalangan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...
GAPAM BARU DIANGKAT PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI PERTAMA NEGARA
ASAHAN 7 April - Perkampungan Budaya Orang Asli pertama negara bakal dibangunkan di Gapam Baru dalam usaha memartabatkan warisan budaya...
WRUR ASAHAN: SKSPS LINDUNGI PENOREH GETAH, PEKEBUN KECIL
ASAHAN 7 April – Semua penoreh getah dan pekebun kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan digalakkan mencarum Skim Keselamatan...
WRUR ASAHAN: PBT MELAKA TIDAK AMBIL RINGAN ISU SEMAK-SAMUN TANAH TERBIAR
ASAHAN 6 April – Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengambil berat terhadap aduan masyarakat khususnya membabitkan kawasan...
