Sorting by

×

BAJET MELAKA 2026: PERTINGKAT AKSES KESIHATAN RAKYAT

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 11 November – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berharap Bajet Melaka 2026 akan menyediakan memperuntukkan dana tambahan bagi sektor kesihatan.

Katanya, sepanjang 2025 pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di bawah portfolio kesihatan termasuk penyediaan ambulans baharu serta ujian saringan kanser melalui Program MBIO Sihat dan Program Jom Sihat.

“Harapan saya agar bajet 2026 akan ada peningkatan peruntukan untuk sektor kesihatan, tahun ini kita sudah melaksanakan beberapa inisiatif seperti tambahan ambulans, ujian saringan kanser dan program kesihatan komuniti.

“Justeru, saya berharap tahun 2026 akan ada penambahan lagi bagi sektor kesihatan demi menjamin kelestarian penduduk di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, beberapa permohonan tambahan peruntukan telah dimuktamadkan untuk dicadangkan dalam Bajet Melaka 2026, melibatkan beberapa aspek yang akan ditambah baik serta sebahagiannya dikekalkan seperti sedia ada.

“Kita mahu pastikan rakyat Melaka mendapat akses kesihatan yang lebih baik, cepat dan menyeluruh, dengan tambahan bajet ini saya yakin usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri dapat diteruskan dengan lebih berkesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

469
Kongsi :
Previous post KAPAL TANGKI DISYAKI SIMPAN 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN KUALA MELAKA
Next post MELAKA BANGUNKAN ‘SUARA’, PLATFORM RASMI HIMPUN MAKLUM BALAS RAKYAT