
BAJET NEGERI MELAKA 2026 BERTERASKAN ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’
SERI NEGERI 5 Disember – Bajet Negeri Melaka 2026 dirangka bersandarkan iltizam ‘Demi Rakyat Untuk Rakyat’, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Menurut Ketua Menteri, ia juga dirangka berteraskan semangat ‘Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)’, dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan yang terancang dan inklusif.
Justeru, jelas beliau, sebanyak 204 inisiatif telah disediakan untuk tahun 2026, di mana ia meningkat berbanding 168 inisiatif pada 2025.
“Syukur Alhamdulillah, berbaki 26 hari sebelum 2025 melabuhkan tirai, kesemua 168 inisiatif Bajet 2025 berjaya direalisasikan. Maka, segunung penghargaan saya zahirkan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan, penjawat awam serta seluruh tenaga sokongan yang telah mencurahkan kudrat dan keringat ‘Demi Rakyat Untuk Rakyat’
“Berbekalkan kejayaan ini, kita mara ke tahun 2026 dengan cetusan 204 inisiatif berpaksikan ‘Melaka Sayang Rakyat’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDA HILIR 7 Mac - Menara Taming Sari menerima peningkatan ketara jumlah pengunjung sehingga 4,000 orang sehari sepanjang minggu cuti...
MELAKA ANTARA 4 NEGERI BANGUNKAN HOTEL WAKAF
PANTAI KUNDOR 7 Mac – Melaka menjadi antara empat negeri yang terlibat dalam projek pembangunan hotel berasaskan dana wakaf di...
HILAI TAWA ANAK ASNAF SENTUH HATI TOK RAOP
LENDU 7 Mac - Program sumbangan baju raya untuk anak asnaf dilaksanakan serentak di dua pusat menjual pakaian di Pekan...
‘DONAT PIZA’ PIKAT PENGUNJUNG CILIK BAZAR RAMADAN
KESIDANG 7 Mac - Idea menghasilkan donat piza sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa khusus untuk kanak-kanak membuahkan hasil...
KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF
AYER KEROH 7 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menzahirkan keprihatinan sempena Ramadan ini dengan menyampaikan sumbangan bagi...
YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA
KUALA LINGGI 7 Mac - Sejumlah RM60,500 disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2026...
