Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026 MENYELURUH, MANFAAT BESAR UNTUK RAKYAT – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BUKIT KATIL 8 Disember – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyambut baik Bajet Negeri Melaka 2026 yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan disifatkan holistik serta  merangkumi pelbagai aspek pembangunan.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, bajet itu menekankan fokus Kerajaan Negeri terhadap infrastruktur, kemudahan awam dan kebajikan masyarakat.

“Bajet kali ini bukan hanya melibatkan satu sudut sahaja, tetapi menyeluruh, dan kami (MBMB) yakin ia akan memberi manfaat langsung kepada masyarakat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Program Fun Walk Bertemakan ‘Melangkah Laju, Integriti Padu’ sempena Sambutan Hari Integriti dan Hari Anti Rasuah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2025 bersama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dataran MBMB, semalam.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil) merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya serta barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Shadan berkata MBMB terlibat dalam antara inisiatif bajet seperti memberi pengecualian sewa gerai sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat.

“MBMB akan melaksanakan program berkaitan bajet ini dalam masa terdekat.

“Mengenai pengecualian sewa gerai, kita akan maklum perincian tarikh pelaksanaan dan akan diumumkan melalui mesyuarat akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

282
Kongsi :
Previous post ENAM INFRASTRUKTUR KESIHATAN DI MELAKA
Next post MELAKA TAWAR PINJAMAN DEPOSIT 10 PERATUS BELI RUMAH