Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERKASA, TAMBAH BAIK PENDIDIKAN TVET, LAHIR GRADUAN TERBAIK

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 November – Kerajaan Negeri diharap terus memberikan tumpuan kepada aspek pemerkasaan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Bajet Negeri Melaka 2026 yang akan dibentangkan pada bulan hadapan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, ini adalah bagi memastikan Melaka terus berdaya saing dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang mampu menyokong pertumbuhan industri berteknologi tinggi.

“Sudah tentu kita mengharapkan bajet yang bakal dibentangkan nanti akan memberikan ruang dan peluang yang baik kepada pendidikan TVET khususnya.

“TVET merupakan satu pelaburan Kerajaan Negeri kepada pembangunan modal insan kerana kita mahu melahirkan bangsa berdaya saing, mampu untuk mengendalikan industri hebat serta berkapasiti tinggi. Justeru (tenaga kerja mahir) kena dilatih bermula sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Serenitea Hi-Tea 2025: Santai Bersama, Menginspirasi Jiwa, di sebuah hotel di Melaka Raya, pada Khamis.

Khaidhirah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis TVET Negeri Melaka berkata, TVET perlu diberi keutamaan dalam perancangan negeri memandangkan sektor itu menjadi antara pemacu utama untuk menarik pelabur ke Melaka.

“Sudah tentu kalau dapat diperkasakan lagi TVET ini kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi pelatih yang kompeten dan menepati permintaan industri.

“Ia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dalam menarik lebih ramai pelabur luar untuk melabur di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

197
Kongsi :
Previous post MPAG KUMPUL 3.4 TAN BARANGAN KITAR SEMULA