Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERTIMBANG INSENTIF KHAS UNTUK PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 23 November – Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) berharap Kerajaan Negeri mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pemain industri pelancongan negeri dalam pembentangan Belanjawan Melaka 2026.

President MTA Madelina Kuah berkata, insentif tersebut diperlukan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program pelancongan serta membantu menjayakan kempen Tahun Melawat Melaka 2.0.

“Seperti MTA kami sentiasa menganjurkan program seperti MTA Kaki Race, Anugerah Pelancongan Melaka dan beberapa acara umum lain di negeri ini.

“Kami juga berharap caj warisan dapat disalurkan kepada NGO pelancongan yang aktif menganjurkan program dan mampu memberikan ‘highlight’ baharu untuk Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 11 18 at 11.48.44
MADELINA

Menurutnya terdapat tujuh NGO pelancongan terlibat antaranya Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka, Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) Melaka, MTA serta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka.

“Untuk tujuh pemain industri ini, sebahagian hasil caj warisan boleh disalurkan bagi melaksanakan program pelancongan supaya lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.

“Kita mahu program ini dikhususkan untuk Melaka sahaja dan biar anak Melaka sendiri yang menerima manfaat serta bersama Kerajaan Negeri menjayakan program pelancongan di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post PEK MAKANAN PERCUMA SAMBUT ‘GENG RXZ’ DI PINTU GERBANG AYER KEROH