Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: PETANI MAHU SOKONGAN MEKANISASI, DANA DAN TAPAK BAHARU

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 22 November – Golongan petani berharap Bajet Negeri Melaka 2026 memberi tumpuan kepada peruntukan tambahan bagi meneroka tapak baharu, peralatan jentera berasaskan teknologi serta kemudahan sokongan lain bagi membolehkan sektor itu lebih berkembang, sekali gus menyokong aspek keterjaminan makanan.

Noor Azmi Idris, 45, berkata Kerajaan Negeri diharap dapat memberikan sokongan dengan mempermudahkan urusan membuka tapak baharu.

“Harapan kami sebagai petani sudah tentu Kerajaan Negeri tambah peruntukan terutama bagi pembangunan kawasan baharu.

“Selain itu bantuan mekanisasi seperti jentera dan peralatan pertanian turut diperlukan bagi meningkatkan produktiviti,” katanya yang mengusahakan tanaman jagung hampir 15 tahun.

Aspek pemerkasaan petani juga dipersetujui Badrul Hisham Mohamad Yusof, 56, yang berharap bantuan bukan sahaja melibatkan aspek fizikal seperti tapak dan jentera, sebaliknya merangkumi khidmat nasihat jabatan berkaitan.

“Pertama kami (petani) berharap ada bantuan dana, kedua khidmat nasihat daripada jabatan terlibat berkenaan pertanian, seterusnya peruntukan untuk pembelian jentera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

147
Kongsi :
Previous post FAHAMI ASAS DEMOKRASI, PILIH SECARA MATANG DAN BIJAK, BUKAN IKUT EMOSI