Sorting by

×

BANGKAI KAPAL DITEMUI DI PULAU MELAKA DIPERCAYAI DIGUNAKAN PEMBESAR

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 31 Oktober – Serpihan kayu dipercayai milik bangkai kapal dari abad ke-13 yang ditemui di Pulau Melaka dianggap sebagai penemuan penting dalam sejarah negara.

Ahli Arkeologi Berdaftar (AAB) Jabatan Warisan Negara Drs. Mohd Nasruddin Rahman berkata, berdasarkan dapatan dan kajian awal, kapal berkenaan dipercayai digunakan pembesar pada zaman tersebut.

Beliau yang juga Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) memaklumkan, ia berdasarkan penemuan beberapa artifak, antaranya mata wang yang ditemui.

“Jadi, kita beranggapan, kapal ini digunakan oleh pembesar dan bukannya pedagang.

“Apapun, kajian ini akan berterusan, termasuk membuat kerja-kerja konservasi untuk mengetahui komponen-komponen kayu yang ditemui seperti tiang layar, haluan, buritan kapal dan lain-lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak ekskavasi di Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara Ruzairy Arbi; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah serta Ketua Projek Ekskavasi Muhammad Termizi Hasni.

Menurut Drs. Mohd Nasruddin, bangkai kapal itu merupakan satu penemuan bernilai tinggi dan sangat penting kepada negara dan Negeri Melaka.

Ini kerana menurutnya, negara belum pernah menemui tinggalan kapal bersaiz besar dan bernilai tinggi seperti itu.

“Selepas jenis kayu diuji dan disahkan kayu tempatan menggunakan kaedah metafizik, ia membuktikan bahawa kapal ini adalah kapal Melaka.

“Paling penting adalah pentarikhannya yang dijangka sekitar tahun 1262 dan ia sekali gus boleh mengaitkan Melaka memiliki sistem perkapalan yang maju dan hebat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1011
Kongsi :
Previous post TINGKAT KESEDARAN WANITA MELAKA CEGAH KANSER PAYUDARA
Next post WRUR: DIDIK PENDUDUK TAMAN ANGKASA NURI CAKNA KESELAMATAN SIBER