
Banjir Kelantan: Jumlah mangsa bertambah mendadak
KOTA BHARU, 6 Jan – Negeri Kelantan hari ini catat peningkatan jumlah mangsa banjir secara mendadak kepada 2,254 mangsa, berbanding 390 mangsa pagi tadi, memetik sumber portal Berita Harian sebentar tadi.
Sebanyak 593 keluarga ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima jajahan negeri itu.
Berdasarkan Info Bencana JKM sehingga jam 3 petang, daerah Jeli mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 1,060 membabitkan 296 keluarga di 10 PPS.
Kuala Krai mencatatkan 745 mangsa banjir membabitkan 168 keluarga di 18 PPS, Tanah Merah pula merekodkan 352 mangsa daripada 98 keluarga di 11 PPS.
Selain itu, Gua Musang mencatatkan 76 mangsa daripada 16 keluarga di empat PPS dan Pasir Mas merekodkan 33 mangsa daripada 16 keluarga di dua PPS.
Sementara itu, enam sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong mencatatkan 39.26 meter, Sungai Lebir di Tualang (35.58 m); Sungai Kelantan di Tangga Krai (26.25); Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.84); Sungai Golok di Jenob ( 24.24m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan 9.68m.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
