
Bantu asnaf buat persiapan Aidilfitri
GADEK 20 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, V P Shanmugam menganjurkan program kembara untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada asnaf yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Shanmugam berkata, setakat ini sumbangan dalam bentuk kit makanan, kuih dan duit raya itu sudah disampaikan kepada 120 asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Program membabitkan 12 kampung dan di setiap persinggahan kami sampaikan bantuan berkenaan kepada 10 orang penerima sudah dikenal pasti.
“Usaha dijalankan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri buat mereka kurang berkemampuan ini,” katanya.
Menurutnya, pengagihan sumbangan itu dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan balai raya dan masjid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL
AYER KEROH 7 Februari - Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih...
KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal tangki...
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL BANTU MUALAF MELAKA TERUS MELANGKAH
KESIDANG 8 Februari – Kebajikan golongan mualaf di Melaka terus diberi perhatian menerusi Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal bagi tahun...
MELAKA PERGIAT GOTONG-ROYONG MEGA BANTERAS DENGGI
PAYA RUMPUT 8 Februari - Program Gotong-Royong Mega akan terus dipergiatkan di seluruh Negeri Melaka bagi membanteras kes demam denggi...
REZEKI NAIK MELAKA RIVER CRUISE, PELAJAR DARI PERAK MENANG PROTON SAGA
BANDA HILIR 8 Februari - Rezeki tak salah alamat. Itu gambaran tuah menyebelahi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)...
ZOO MELAKA HIDUPKAN ‘VIBE’ UNIK BILA LARUT MALAM
AYER KEROH 8 Februari - Suasana malam memberi pengalaman berbeza buat pengunjung yang hadir ke Zoo Melaka sempena Program Melaka...
