
BAPA, BAYI LELAKI PERGI SERENTAK
DUYONG 19 Jun – Seorang wanita menempuh ujian yang berat apabila suami dan bayi lelakinya baru berusia tiga bulan yang pada mulanya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, dalam kejadian di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini, jam 9.30 pagi tadi, wanita berkenaan yang pulang ke rumah dari tempat kerja menemui dua beranak berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 9.58 pagi.
“Susulan itu sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan kerana disyaki berlaku kebocoran gas di kediaman berkenaan.
“Namun pegawai KKM yang melakukan pemeriksaan kemudian mengesahkan lelaki berusia 30-an yang tidak sedarkan diri itu meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala bayi lelakinya pula disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka,” katanya.
Jelasnya, kes kemudian diserahkan kepada pihak polis turut siasatan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MITC TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM AWARDS 2026-2028
AYER KEROH 30 Januari - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila berjaya memenangi ASEAN Tourism...
SABK PACU KECEMERLANGAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB – MAIM
LENDU 30 Januari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Ulul Albab Melaka kini melangkah ke fasa baharu kecemerlangan selepas secara rasminya...
PUTRA 2 MELAKA DIPACU TEKNOLOGI PERUBATAN TERKINI
AYER KEROH 30 Januari - Sektor kesihatan Negeri Melaka terus diperkasa menerusi pelbagai usaha dan jalinan kerjasama strategik bersama syarikat...
PPSPM LAKSANA INISIATIF HIJAU, SEMAI BUDAYA CINTAI ALAM SEKITAR
DUYONG 30 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melaksanakan aktiviti penanaman pelbagai jenis pokok di sekitar perkarangan...
LESEN MOTOSIKAL PERCUMA ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIBUKA BERMULA MAC
AYER KEROH 30 Januari - Program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Lesen Motosikal Percuma di bawah inisiatif Bajet Negeri Melaka 2026...
UTEM BANGUNKAN MAKMAL AI BERSAMA INSTITUSI TEKNIKAL SLOVAKIA
AYER KEROH 30 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi institusi pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama strategik dalam...
