Sorting by

×

BAS, VAN PERANTARA MUDAHKAN PENGUNJUNG KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 26 Mac – Sebanyak tiga bas dan dua van perantara disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan orang ramai dan pengunjung yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada Sabtu ini (28 Mac) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Bas dan van perantara itu disediakan bermula jam 9 pagi dan 4 petang bagi membawa pengunjung yang meletak kenderaan jauh dari lokasi penganjuran rumah terbuka tersebut.

Orang ramai yang hadir boleh meletakkan kenderaan di tiga lokasi iaitu perkarangan Masjid Al-Alami MITC; perkarangan Mydin Ayer Keroh dan perkarangan Lingkaran MITC dan menunggu bas dan van perantara yang disediakan.

Setiap kenderaan yang disediakan akan berulang-alik setiap 10 minit bagi memudahkan pengunjung yang hadir untuk memeriahkan acara tradisi Melaka setiap kali Aidilfitri itu.

Dianggarkan 40,000 pengunjung bakal memeriahkan rumah terbuka tahun ini yang bertemakan Melaka Sayang Rakyat.

Lebih 50 juadah akan disajikan kepada orang ramai antaranya menu hari raya, selain turut disediakan kambing golek, sate, aneka manisan serta masakan tradisional masyarakat berbilang kaum.

Selain jamuan makanan, seperti kebiasaan pengunjung yang hadir juga bakal menerima sumbangan duit raya daripada Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post PARAS EMPANGAN UTAMA MELAKA MEROSOT, RAKYAT DISARAN JIMAT AIR
Next post JAMUAN RAYA DUN RIM DIJANGKA TERIMA LEBIH 5,000 TETAMU