Sorting by

×

BATU BERLUMUT, PEMANDANGAN ‘MATA BURUNG’ SAUJANA BUKIT PERCHA

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

MACHAP JAYA 28 Januari – Kicauan burung, hembusan angin sepoi-sepoi bahasa dan pepohon hijau cukup mendamaikan bagai mengalu-alukan pengunjung ke Hutan Rekreasi Bukit Percha, Felda Hutan Percha, permata tersembunyi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Alor Gajah.

Sebelum ini semua mengetahui lokasi itu sebagai kawasan Felda yang kebiasaanya hanya menawarkan pemandangan pokok kelapa sawit semata-mata.

Telahan itu nyata meleset kerana sebalik pokok kelapa sawit sebenarnya wujudnya kawasan tanah tinggi menawarkan suasana persekitaran tenang dan damai amat sesuai bagi aktiviti riadah dihujung minggu.

Namun lokasi tersembunyi sejak sekian lama itu sekarang ini semakin menjadi tumpuan khusus dalam kalangan peminat aktiviti lasak yang gemar menakluk puncak tanah tinggi.

Selain menikmati pemandangan mata burung, kewujudan beberapa batu berlumut menjadi tarikan yang mendorong pengunjung untuk menamatkan pendakian hingga ke puncak.

Bagi memberikan keselesaan dan menjamin aspek keselamatan pengunjung trek pendakian sejauh dua kilometer juga sudah disediakan.

Whatsapp image 2026 01 27 at 4.23.10 pm
ADUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem bergambar bersama peserta hiking.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kawasan hutan rekreasi itu baru dibuka kepada orang ramai sejak enam bulan lalu oleh penduduk kampung yang tertawan dengan pemandangan indah mempersonakan.

“Laluan atau trek untuk ke puncak juga dikira santai dan hanya memakan masa antara satu hingga satu jam setengah untuk sampai ke puncak amat sesuai untuk semua peringkat usia.

“Difahamkan sehingga kini Hutan Rekreasi Bukit Percha sudah dikunjungi kira-kira 700 orang termasuk pengunjung dari luar Felda Hutan Percha.

“Kita menjangkakan lokasi ini bakal menjadi tumpuan baharu di DUN Machap Jaya selain Machap Hill,” katanya ketika ditemui selepas program ‘Lets Go Hiking With YB Datuk Ngwe Hee Sem’ baru-baru ini.

Menurutnya, selain trek yang mesra pengunjung, kawasan puncak juga mempunyai pemandangan yang cantik dan amat sesuai untuk mereka yang gemar berswafoto.

“Justeru dalam usaha menjadi Hutan Rekreasi Bukit Percha sebagai tarikan ekopelancongan beberapa penambahbaikan fasiliti akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Melaka.

“Menerusi mesyuarat yang diadakan kita mencadangkan agar dapat dibina tandas awam dan gazebo untuk memberi keselesaan kepada pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

500
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR PENYERTAAN OKU DALAM PIDATO RUKUN NEGARA 2026
Next post SEMANGAT ‘WANITA BESI’