Sorting by

×

BAWA SEMANGAT ORANG KOTA MELAKA JELAJAH SEMENANJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 26 Jun – Bukan sahaja membawa bersama slogan ‘Mana Lagi, Melaka Ler’, Jelajah Kayuhan Beca Merdeka 2025 sejauh kira-kira 2,500 kilometer turut menggambarkan semangat patriotisme ‘Orang Kota Melaka’.

Ahli Parlimen Kota Melaka merangkap penaung Persatuan Beca Persona, Khoo Poay Tiong, berkata inisiatif melaksanakan jelajah itu adalah perkara yang amat membanggakan kerana membangkitkan rasa cinta bukan sahaja kepada tanah air malah Negeri Melaka.

Katanya, kayuhan selama dua bulan ini juga bukan sekadar pergerakan fizikal tetapi sebagai gelombang semangat perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.

“Sebagai tanda sokongan, mewakili Parlimen Kota Melaka saya menyumbang sejumlah RM40,000 sebagai perbelanjaan dalam menjayakan misi Jelajah Kayuhan Beca Merdeka 2025 ini.

“Besar harapan agar kesemua empat wakil Orang Kota Melaka dapat menamatkan kayuhan dengan selamat pada 30 Ogos depan,” katanya pada sidang media sempena Pelancaran Jelajah Kayuhan Beca Merdeka 2025, di Banda Hilir, di sini, semalam.

Menurutnya, selain daripada menyuntik semangat patriotisme empat pengayuh akan mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai.

“Jelajah ini juga menjadi platform bagi kutipan Tabung Kebajikan Pengayuh Beca bertujuan menyokong aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah Ikatan Wanita Tanahair Negeri Melaka (i-Wanita).

“Menerusi jelajah ini kami membantu mempromosikan lagi Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan terkemuka, kami mahu slogan ‘Mana Lagi Melaka Ler’menjadi fonemana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

476
Kongsi :
Previous post JELAJAH BAITULMAL MEDIUM MAIM SANTUNI KOMUNITI
Next post PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL BANTING MAUT, MOTOSIKAL TERBABAS