Sorting by

×

BELANJA RM20 DI BAZAR IKONIK, LAYAK DAPAT BAUCAR MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:51 Saat

BANDA HILIR 28 Februari – Pengunjung Bazar Ikonik Banda Hilir yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menerima diskaun 20 peratus menaiki Menara Taming Sari.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, selain baucar, pengunjung juga layak menerima token cabutan bertuah setiap malam sepanjang Ramadan ini.

Jelas beliau, setiap pembelian dengan nilai tersebut pengunjung layak untuk menebus baucar dan token, tanpa had bilangan pengunjung.

“Inisiatif ini bertujuan memeriahkan suasana Menara Taming Sari dan Bazar Ikonik Banda Hilir, sekali gus menggalakkan pengunjung menyokong peniaga tempatan.

“Selain itu, cabutan bertuah setiap malam menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk tiket percuma menaiki Menara Taming Sari,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengedarkan bubur lambuk di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, semalam.

Nur Azan berkata, promosi itu juga menjadi peluang bagi pengunjung untuk merasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari sepanjang Ramadan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha Menara Taming Sari untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti serta memeriahkan aktiviti pelancongan di Banda Hilir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3718
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI JEMPUT GENG ‘RIDER’, PENGGIAT GIG MOREH BERSAMA
Next post LEBIH 800 WANITA HANG TUAH JAYA IMARAH MAHABBAH AL-QURAN