
Belanjawan 2021: Mindef, KDN masing-masing terima RM16 bilion dan RM17 bilion
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing diperuntukkan RM16 bilion dan RM17 bilion dalam Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peruntukan penyelenggaraan dinaikkan kepada RM2.3 bilion tahun hadapan berbanding RM2 bilion tahun ini.
Selain itu, dalam menangani jenayah siber yang kian meningkat, beliau berkata sebanyak RM27 juta diperuntuk kepada CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.
“Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan anggota tentera tidak terabai. Selain terus menyelenggara kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera sedia ada, kerajaan turut meluluskan pembinaan sebanyak hampir 1,000 unit baharu dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM500 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 dengan tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam menghargai peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang turut sama membantu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, katanya sebanyak RM153 juta disediakan termasuk bagi menaik taraf kemudahan di pusat latihan bagi mengukuhkan peranan Rela.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAOP JADI INSPIRASI ANAK MUDA
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Perkongsian pengalaman dan titipan kata nasihat daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
SUNGAI RAMBAI IKON WARISAN BUDAYA
SUNGAI RAMBAI 15 Mac - Festival Kuih Tradisional Aidilfitri, Pelita Raya dan Bubur Lambuk Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang...
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...

