
Belanjawan 2021: Siling kumpulan wang covid-19 ditambah RM20 bilion
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kerajaan bercadang meminda Jadual Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) untuk menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu mengambil kira gelombang terkini wabak itu dan keperluan sehingga tahun 2022.
“Tujuan utamanya adalah untuk membiayai pakej KITA PRIHATIN (Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN), bantuan tambahan bagi kesejahteraan rakyat, keperluan barisan hadapan dan perolehan vaksin kelak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul berkata Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) membenarkan had statutori hutang kerajaan dinaikkan sementara sehingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus.
Di bawah akta itu, katanya Parlimen sebelum ini telah meluluskan siling peruntukan RM45 bilion bagi Kumpulan Wang COVD-19.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
HUKUMAN ROTAN MASIH BERKUAT KUASA NAMUN TERKAWAL – EXCO
SERI NEGERI 8 Disember - Pelaksanaan hukuman rotan di sekolah masih kekal, namun berada di bawah kuasa guru besar dan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: BUKTI KOMITMEN PERKASA SYIAR ISLAM
SERI NEGERI 8 Disember - Peruntukan terbesar yang diberikan kepada agensi agama dalam pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 menjadi bukti...
RANGKA SOLUSI KHAS TANGANI SALAH LAKU PELAJAR SEKOLAH
SERI NEGERI 8 Disember - Satu resolusi khusus bagi menangani kesalahan moral di sekolah berpunca daripada penyalahgunaan media sosial bakal...
MELAKA SASAR 200,000 PELANCONG ‘CRUISE’ TAHUN DEPAN
SERI NEGERI 8 Disember - Melaka menyasarkan kedatangan 200,000 pelancong dari jalan laut iaitu menerusi persinggahan kapal persiaran antarabangsa pada...
PROSES KELULUSAN KKDW PUNCA KELEWATAN BAIK PULIH, BINA BAHARU RUMAH
SERI NEGERI 8 Disember - Proses kelulusan peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dikenal pasti sebagai punca kelewatan pelaksanaan...
43 SEKOLAH MENENGAH DI MELAKA GUNA ‘METAL DETECTOR’ KESAN TELEFON BIMBIT – RAHMAD
SERI NEGERI 8 Disember - Pihak pengurusan 43 buah sekolah menengah di negeri ini menggunakan alat pengesan logam (metal detector)...
