
BELANJAWAN 2026: MELAKA TERIMA LIMA PROJEK PEMBANGUNAN
AYER KEROH 10 Oktober – Melaka menerima lima projek pembangunan dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.
Perdana Menteri berkata, projek-projek pembangunan itu adalah hasil turun padang yang telah dilakukannya dengan kepimpinan semua negeri untuk memahami keutamaan yang diperlukan.
Justeru, beliau berkata, perencanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah mengambil kira permohonan semua negeri, termasuklah Negeri Melaka.
Mengikut teks ucapan Belanjawan 2026 yang dimuat naik di belanjawan.mof.gov.my, antara projek pembangunan yang diterima Melaka adalah jalan baharu dari Jalan Masjid Tanah Kuala Linggi ke Telok Gong, Alor Gajah dan naik taraf jalan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah, Alor Gajah.
Selain itu, ia turut membabitkan pembinaan semula bangunan daif serta bangunan tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Alor Gajah dan pembinaan semula bangunan baharu dan naik taraf bangunan asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan, Melaka Tengah.
Manakala dalam sudut pelancongan, projek pembangunan yang diterima adalah naik taraf Muzium Samudera Fasa 1, Jalan Quayside, Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIADA ADUAN HARGA ‘CEKIK DARAH’ DI BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI MELAKA
AYER KEROH 28 Februari – Tiada sebarang aduan diterima berhubung kenaikan harga barang atau makanan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri...
99 PERATUS PENIAGA EMPAT BAZAR RAMADAN MPHTJ PATUH PERATURAN
KESIDANG 28 Februari – Sebanyak 99 peratus peniaga di empat bazar Ramadan seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mematuhi...
YB RAIS, SAMB SINARI SYAWAL 53 ANAK YATIM
AYER KEROH 28 Februari - Seramai 53 anak yatim dari Parlimen Tangga Batu diceriakan menjelang Aidilfitri menerusi Program Sinar Syawal...
LEBIH 800 WANITA HANG TUAH JAYA IMARAH MAHABBAH AL-QURAN
PENGKALAN BATU 28 Februari - Kejayaan menghimpunkan lebih 800 peserta pada Mahabbah al-Quran Perdana Wanita Hang Tuah Jaya 2026 menjadi...
BELANJA RM20 DI BAZAR IKONIK, LAYAK DAPAT BAUCAR MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 28 Februari – Pengunjung Bazar Ikonik Banda Hilir yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menerima diskaun 20 peratus menaiki...
KETUA MENTERI JEMPUT GENG ‘RIDER’, PENGGIAT GIG MOREH BERSAMA
AYER KEROH 28 Februari - Semua penggiat gig termasuk penghantar makanan (p-hailing) dan e-hailing dipelawa untuk bersama-sama Ketua Menteri dalam...
