Sorting by

×

BELANJAWAN 2026: PERKUKUH TINDAKAN TANGANI JENAYAH SIBER

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

KLEBANG 11 Oktober – Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM32 juta bagi menangani penipuan dalam talian dan ancaman siber adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam membendung peningkatan kes jenayah siber.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata langkah itu turut dilihat dapat menjamin keselamatan digital rakyat.

Katanya, langkah itu dilihat bertepatan dengan usaha Melaka yang menjadi negeri pertama menubuhkan Pasukan Petugas (Task Force) Khas Jenayah Siber.

“Peruntukan ini memberi suntikan semangat kepada kita di Melaka untuk terus memperkukuh tindakan pencegahan bersama agensi keselamatan dan pihak industri.

“Ia bukan sahaja membantu mempertingkat keupayaan penguatkuasaan, malah memperluas kempen kesedaran awam agar rakyat lebih berwaspada terhadap ancaman siber,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat Peringkat Negeri Melaka Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (Dun) Klebang di Dataran Klebang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong; Pegawai Daerah Melaka Tengah, Shaiful Hizam Johan; Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, walaupun kerajaan menyediakan peruntukan besar, keberkesanan usaha membanteras jenayah siber turut bergantung kepada kesedaran rakyat untuk tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian.

“Kalau bajet besar tetapi kesedaran rakyat masih rendah, kita bimbang kes jenayah siber akan terus meningkat.

“Jumlah kerugian akibat jenayah siber di Melaka kini dianggarkan mencecah RM70 juta, dengan laporan baharu diterima hampir setiap hari.

“Kita juga berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memahami bahawa jenayah siber bukan lagi perkara kecil atau main-main pada masa kini,” katanya.

EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan pada sidang media selepas Majlis Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat Peringkat Negeri Melaka Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (Dun) Klebang di Dataran Klebang. Foto Afiq Mustaffa

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

402
Kongsi :
Previous post WRUR : KARNIVAL KITA MADANI PLATFORM TERBAIK SEMAI PERPADUAN
Next post BELANJAWAN 2026: PEMBINAAN SMK RUMBIA BERI KELEGAAN PENDUDUK