
BELANJAWAN 2026: TIGA SEKOLAH BAHARU DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 10 Oktober – Melaka bakal menerima tiga sekolah baharu menerusi pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut teks ucapan Belanjawan 2026 yang dimuat naik di belanjawan.mof.gov.my, tiga sekolah itu adalah Kompleks Sekolah Batu Berendam; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rumbia dan Kompleks Sekolah Anjung Gapam, Jasin.
Menurut Perdana Menteri, secara keseluruhan sebanyak 38 sekolah baharu akan dibina di seluruh negara bagi memenuhi keperluan penduduk setempat menerusi peruntukan keseluruhan RM66.2 bilion yang diterima Kementerian Pendidikan tahun depan.
Selain sekolah, pendidikan awal di Melaka turut diperkasa dengan pembinaan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) iaitu di Kampung Lendu.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan turut memperuntukkan hampir RM2 bilion bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif di seluruh negara, khususnya Sabah dan Sarawak.
“Ia termasuk membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan kita membaik pulih tandas, kantin, dan musolla dalam masa singkat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB MAHU 2026 JADI TAHUN LEBIH CEMERLANG
AYER KEROH 14 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited menjadikan 2026 sebagai tahun untuk melakar lebih banyak kejayaan...
BAU BUSUK BONGKAR PENEMUAN MAYAT DALAM KERETA DI MITC
AYER KEROH 13 Januari – Bau busuk yang disangka berpunca daripada bangkai haiwan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di...
MAIM, YAPEIM TEROKA KERJASAMA DALAM PELABURAN EMAS
PENGKALAN BATU 13 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bakal menjalin kerjasama...
JAIM SERBU HOTEL ‘MESRA GAY’, PREMIS DITUTUP UNTUK SIASATAN
KESIDANG 13 Januari - Sebuah hotel yang mengiklankan fasilitinya sebagai 'gay friendly', di sini, didapati telah dikosongkan selepas hantaran mengenainya...
MAYAT LELAKI DITEMUKAN MEREPUT DALAM KERETA DI PARKIR MITC
AYER KEROH 13 Januari – Mayat lelaki ditemui dalam keadaan mereput di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan tempat...
LELAKI MAUT, RAKAN CEDERA ALAT KIMPALAN MELETUP
KLEBANG 13 Januari - Seorang lelaki maut manakala rakan sekerjanya melecur dalam insiden letupan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah kilang...
