Sorting by

×

BELUM TERLAMBAT RASAI SUASANA IFTAR DI HOTEL MITC

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 14 Mac – Walaupun sudah menghampiri penghujung Ramadan, orang ramai masih boleh menikmati sajian bufet Ramadan di Hotel MITC sehingga 19 Mac ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MCORP Hotel Sdn Bhd (MiTC Hotel) Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, Bufet Ramadan Citarasa Chef Rahim yang dibawakan pada tahun ini menawarkan lebih 100 juadah dengan harga cukup berbaloi iaitu RM118 untuk dewasa dan hanya RM48 untuk kanak-kanak.

Katanya, sambutan dan maklum balas yang diterima daripada orang ramai cukup positif apabila rata-rata menyifatkan bufet yang ditawarkan hotel itu mesra keluarga.

“Selain itu, lokasinya yang strategik dan mudah diakses juga menjadikan Hotel MITC antara pilihan lokasi untuk berbuka puasa sama ada bersama keluarga, kenalan ataupun syarikat.

“Walaupun sambutan meriah, namun orang ramai masih boleh membuat tempahan kerana masih terdapat kekosongan, selain buffet ini juga akan dibuka sehingga Khamis (19 Mac),” katanya kepada pemberita.

Whatsapp image 2026 03 13 at 11.57.08
ABDUL Hakim bersama warga Hotel MITC ketika majlis berbuka puasa yang diadakan di hotel berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Besar MCorp Hotel Sdn. Bhd., Sazali Sabri berkata, sambutan luar biasa yang diterima menyaksikan buffet Ramadan Hotel MITC telah menerima tempahan 200 hingga 400 pelanggan setiap hari.

Katanya, berbaki hari-hari terakhir Ramadan, jumlah itu dijangka terus meningkat dan mereka yang berminat boleh menghubungi 06-2331551 atau 019-6241552 untuk tempahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

454
Kongsi :
Previous post PPSPM CAPAI 89 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG SUKU PERTAMA 2026
Next post KITARECYCLE MELAKA KUMPUL LEBIH 800 TAN SISA KITAR SEMULA