Sorting by

×

BERARAK DAN SELAWAT 1.5KM, TANDA CINTA KEPADA RASULULLAH SAW

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PAYA RUMPUT 21 September – Seramai 450 warga Taman Rambai Utama, di sini, berarak sejauh 1.5 kilometer (km) bagi menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia bersempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama, pagi tadi.

Pengerusi Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama Shamsudin Mohamad berkata, majlis itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di peringkat komuniti, selain bertujuan mengeratkan ikatan ukhwah di antara umat Islam di kawasan perumahan itu.

“Seawal jam 8 pagi, umat Islam terlibat telah berkumpul sebelum memulakan perarakan sambil berselawat dan membawa sepanduk mewakili kontinjen lorong masing-masing mengelilingi kawasan taman.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima tahun ini cukup luar biasa dan insya-Allah sambutan ini akan diadakan secara tahunan dalam usaha menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan memupuk perpaduan masyarakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, selepas perarakan, telah kuliah Dhuha yang disampaikan oleh pensyarah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ustaz Muhammad Iqbal Zahin Ismail.

Whatsapp image 2025 09 21 at 14.45.28
SHAMSUDIN menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama.

Selain itu, turut disampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama yang dianugerahkan kepada Mohd Yazid Jeon dan Hamidah Rasiman di atas sifat kepimpinan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1063
Kongsi :
Previous post MELAKA BANGUNKAN DUA PROJEK AGROPELANCONGAN, TARIK PENGUNJUNG KE LUAR BANDAR
Next post BAJET 2026: MELAKA ALU-ALUKAN SUARA, PANDANGAN ANAK MUDA