
Bersatu Kelantan hantar 700 petugas bantu kempen PRN Melaka
PASIRĀ PUTEH 3 Nov – Bersatu Kelantan akan menghantar 700 petugas bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 Nov ini.
Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamarudin Md NorĀ berkata kumpulan itu melibatkan tenaga penceramah yang berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk politik, agama dan ekonomi.
āKumpulan ini akan dihantar sebelum hari penamaan calon secara berperingkat dan bergilir-gilir sehingga hari pengundian,ā katanya kepadaĀ pemberita selepas Program Bicara TokohĀ di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ahli Bersatu Kelantan yang akan dihantar ke Melaka juga diingatkanĀ supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi sehingga membangkitkan kemarahan penduduk dan menghormati budaya masyarakat setempat.
āBersatu Kelantan akan berkampung di dua kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Bukit Katil sebagaimana ditetapkan oleh Bersatu Melaka,ā katanya.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUNĀ pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPAG TAWAR DISKAUN, GALAK ORANG RAMAI JELASKAN KOMPAUN TERTUNGGAK
ALOR GAJAH 16 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merekodkan sebanyak 12,030 kompaun tertunggak dengan nilai keseluruhan RM1.27 juta...
PBT MELAKA FOKUS JADIKAN MELAKA BERSIH, INDAH, CERIA SEPANJANG 2026
PAYA RUMPUT 16 Disember - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) komited menjadikan Melaka sebuah negeri bersih, indah dan ceria sepanjang...
DAPAT ILHAM KETIKA PKP, JAMBU LOHAN SOLOK GAUNG KINI JADI REBUTAN
AYER MOLEK 16 Disember - Minat berbudi kepada tanah dan niat mahu membantu pihak pengurusan sebuah masjid menjana pendapatan mendorong...
KELAB LIONS SUMBANG PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KEPADA 80 SEKOLAH DI MELAKA
BUKIT BARU 16 Disember - Kelab Lions Negeri Melaka menyumbang pakaian seragam pengakap kepada 80 sekolah di negeri ini sebagai...
SAMB YAKIN PRESTASI LEBIH BAIK PADA 2026
BANDA HILIR 16 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menjangkakan peningkatan kualiti perkhidmatan pada 2026 susulan pencapaian operasi memberangsangkan...
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...

