Sorting by

×

BERTUAH ORANG MELAKA DAPAT TENGOK ‘KONSERT PERCUMA’ CAKRA KHAN

Masa Membaca:42 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Penampilan artis popular dari Indonesia, Cakra Khan yang menampilkan persembahan penuh bertenaga menggamatkan suasana di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini.

Persembahan ala-ala konsert percuma itu dibawakan khas bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

Rata-rata pengunjung yang hadir terpukau dengan persembahan yang dibawakan penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Bayangan itu.

Cakra Khan mendendangkan lapan lagu popularnya dan ia turut dinyanyikan bersama orang ramai yang hadir.

Selain Cakra Khan, majlis itu turut membawakan Datuk Seri Rossa, selain penyanyi nombor satu yang juga biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Turut membuat persembahan adalah Datuk Ramli Sarip, Tam Spider, P Radhi, Roger Kajol dan artis budaya Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

289
Kongsi :
Previous post APAM BALIK ‘CRISPY’ MHI JUADAH ISTIMEWA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI
Next post ROSSA PUKAU ORANG MELAKA DI KAMPUNG PULAU