
‘BERUNTUNG DAPAT JAGA NENEK TIMAH’
KLEBANG 16 Oktober – Menjadi penjaga kepada warga emas bukan tugas mudah, namun bagi sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Nafsiah Othman, 57, ia satu anugerah tidak ternilai.
Ibu tunggal kepada enam anak ini telah menjaga nenek Timah atau Timah Baba, 101, sejak lebih 13 tahun lalu.
Bagi Nafsiah, melawat dan membantu warga emas itu adalah satu bentuk ketenangan jiwa yang sukar digambarkan.
“Saya sudah anggap nenek Timah macam ibu sendiri. Bila datang rumahnya, saya akan sapukan rumah, cuci bilik air, masak untuk dia. Nenek suka sayur tumis air dengan udang, jadi itu memang saya akan sediakan.
“Nenek Timah tidak banyak kerenah, cuma dia suka rumahnya sentiasa bersih dan berasa seronok bila ada teman berbual.
“Syukur nenek masih sihat, cuma pergerakannya terbatas sedikit. Sekarang cucu angkat dia yang ambil ubat di klinik, tapi saya tetap datang empat kali sebulan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Berkongsi kisah hidupnya Nafsiah, berkata dia kehilangan suami pada 2007 dan ketika itu anak bongsu mereka baru berusia sembilan bulan.
“Menjadi sukarelawan banyak mengajar saya erti sabar dan ikhlas. Saya rasa paling bertuah dapat jaga nenek Timah sampai sekarang dan saya doa agar dapat terus jaga dia sampai akhir hayat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 200 PENCAPAIAN DALAM 3 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 200 pencapaian berjaya dilakar di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
MELAKA MAJUKAN LEBIH 432 EKAR TANAH ADAT
AYER KEROH 9 Mac - Sebanyak 432.04 ekar Tanah Adat Melaka telah berjaya dimajukan melalui pelbagai projek pembangunan yang memberi...
AIDILFITRI: HAMPIR 40,000 PARKIR PERCUMA DI MELAKA SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bersetuju memberikan parkir percuma kepada rakyat dan pelancong selama tujuh hari sempena Hari Raya...
MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 26,000 asnaf telah disantuni Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN TERTINGGI DALAM 22 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Melaka terus melakar pencapaian membanggakan dalam sektor pelaburan apabila berjaya memecah rekod selama 22 tahun....
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT PADA 28 MAC
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bakal menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 pada 28 Mac 2026 (Sabtu). Ketua Menteri Datuk...
