Sorting by

×

BESAR MAKNA SUMBANGAN KELENGKAPAN SEKOLAH UNTUK IBU BAPA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 7 Januari – Pemberian bantuan persekolahan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada keluarga kurang berkemampuan memberi kelegaan kepada ibu bapa apabila dapat membantu meringankan beban perbelanjaan.

Berbaki kurang seminggu sebelum bermulanya sesi persekolahan 2026, ibu bapa khususnya giat membuat persiapan untuk anak-anak yang bersekolah.

Bagi penerima sumbangan, Anniza Aznan, 37, berkata, meskipun mempunyai tiga anak bersekolah tetapi dia dan suami amat bersyukur apabila seorang daripada mereka terpilih untuk menerima sumbangan kelengkapan persekolahan.

Dia yang bekerja kilang berkata, walaupun kesemua anaknya bersekolah rendah namun tetap memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Apabila diberitahu ada anak yang terpilih untuk menerima sumbangan persekolahan saya amat bersyukur dan lega, sekurang-kurangnya seorang sudah selesai.

“Untuk seorang anak perbelanjaan diperlukan agak besar jadi apabila diberikan RM150 untuk membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan ia amat memadai.

“Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak yang berkaitan dalam membantu ibu bapa membuat persediaan persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas Program CSR Back To School anjuran Tanjung Bruas Port (TBP) di sebuah pusat jualan pakaian, di sini, semalam.

Program itu turut dihadiri Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim.

6262612984374955047
NORSHAFILA

Seorang lagi penerima sumbangan, Norshafila Nein, 35, berkata, sumbangan diterima besar maknanya dan pastinya amat membantu ibu bapa dalam membuat persediaan sebelum sesi persekolahan bermula.

“Apabila adanya sumbangan ini, ia membantu meringankan perbelanjaan kerana selain dapat membeli pakaian turut diberikan kelengkapan sekolah lain termasuk beg.

“Terima kasih atas sumbangan diberikan ini, pastinya saya amat berharap agar ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

519
Kongsi :
Previous post AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL BAWA IMPAK POSITIF UNTUK MELAKA
Next post ECO CRUISE SUNGAI LINGGI REKOD LEBIH 3,000 PENGUNJUNG