Sorting by

×

BIMBINGAN KEWANGAN BUKA PELUANG UNTUK USAHAWAN MELAKA BERKEMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KESIDANG 6 Februari – Pembiayaan dan pengurusan kewangan diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan memperkukuh ekosistem keusahawanan Melaka.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soo Chin berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi penganjuran Program Business Keynote: Government Grant & Cash Flow Management di Wisma MCCCI, Melaka Raya, pada Selasa.

Menurutnya, program berkenaan menghimpunkan seramai 200 orang usahawan daripada pelbagai latar belakang termasuk komuniti usahawan Cina di negeri ini.

“Usahawan diberikan pendedahan berkaitan peluang geran kerajaan, pengurusan aliran tunai dan strategi pembiayaan perniagaan bagi memastikan kelangsungan serta pertumbuhan perniagaan mereka.

“Sesi penerangan turut melibatkan agensi seperti SME Bank, SME Corp, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Melaka Halal Hub, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertindak sebagai rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri,” katanya.

Jelasnya program itu mendapat kerjasama Junior Chamber International (JCI) Melaka, Malaysia Chinese Women Entrepreneurs Association (MCWEA), Malacca Chinese Chambers of Commerce & Industry (MCCCI) serta CML Academy.

Allex Seah berkata, penganjuran program itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menyediakan akses yang lebih mudah, jelas dan terus kepada para usahawan.

“Kerajaan Negeri akan terus memastikan para usahawan mendapat maklumat tepat dan bimbingan berterusan agar mereka dapat memanfaatkan peluang yang disediakan secara optimum.

“Usahawan yang memerlukan maklumat berkaitan pembiayaan, pinjaman atau geran ditawarkan boleh berhubung dengan pegawai berkaitan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan lebih terperinci,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post AB RAUF KONGSI INISIATIF BERMANFAAT BERSAMA SAARANI
Next post MELAKA ANJUR PAMERAN MANUSKRIP SEJARAH DARI PELBAGAI NEGARA