Sorting by

×

BOLA SEPAK ERATKAN WARGA PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA, AGENSI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BUKIT KATIL 21 Jun – Pejabat Ketua Menteri Melaka (CMO) menjadikan sukan nombor satu negara iaitu bola sepak sebagai platform mengeratkan hubungan di antara warga kerjanya dengan agensi serta jabatan Kerajaan Negeri.

Inisiatif itu diambil menerusi penganjuran perlawanan persahabatan bola sepak membabitkan pelbagai agensi dan yang terbaharu bersama Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bertempat di Padang Bola Sepak Drago Arena, di sini, semalam.

Pengurus Bola Sepak Pilihan Pejabat Ketua Menteri Melaka Mohd Idris Kadir berkata, ia merupakan perlawanan persahabatan ketiga dianjurkan bagi merapatkan ukhwah dan hubungan silaturahim di antara penjawat awam negeri.

“Ia tidak berfokuskan kepada kemenangan, sebaliknya lebih kepada aktiviti sukan santai yang menerapkan elemen silaturahim dan kekeluargaan.

“Insya-Allah aktiviti sukan bermanfaat seperti ini akan diteruskan bagi memperkukuh hubungan bukan sahaja dalam kalangan warga Pejabat Ketua Menteri, tetapi juga pelbagai agensi dan komuniti pada masa akan datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20250621 wa0005
AKSI perlawanan persahabatan di antara Pilihan Pejabat Ketua Menteri Melaka dengan Kelab Sukan LPM. Foto Pejabat Ketua Menteri Melaka

Terdahulu, dalam perlawanan persahabatan itu, Pilihan Pejabat Ketua Menteri Melaka berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kelab Sukan Lembaga Perumahan Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

751
Kongsi :
Previous post AYAM SEGAR RM10 ‘LAKU KERAS’
Next post PELAJAR PARAH DITIKAM ABANG TIDAK ALAMI TRAUMA TERUK, DIBENAR KELUAR HOSPITAL