Sorting by

×

BOMBA MELAKA KONGSI REZEKI, CERIAKAN RAMADAN KELUARGA B40

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PAYA RUMPUT 25 Februari – Sumbangan bakul Ramadan tanda keprihatinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sedikit sebanyak meringankan beban Hisham Sahat, 50, dalam menyediakan keperluan untuk keluarganya sepanjang bulan mulia ini.

Keprihatinan dan sikap cakna JPBM Negeri Melaka juga jelas menceriakan Hisham dari Kampung Lanjut Manis, Krubong yang kini hilang punca pencarian selepas kontraknya sebagai pengawal keselamatan tidak disambung.

“Sebagai ketua keluarga saya menaggung empat anak, isteri pula suri rumah sepenuh masa, apabila hilang pekerjaan dan tiada pendapatan sumbangan seperti ini amat bermakna buat buat kami enam beranak.

“Mungkin nilai bantuan tidak seberapa, tetapi apabila berdepan masalah dan merasai sendiri situasi sukar ini lebih lagi ketika Ramadan ia adalah amat berharga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Serahan bakul Ramadan adalah sebahagian daripada pengisian Program Ihya’ Ramadan 1447H JBPM Negeri Melaka di Balai Bomba dan Penyelamat Cheng, semalam.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam memeriahkan lagi majlis, selain itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam kalangan keluarga B40 sekitar Krubong.

Hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin bersama timbalan beliau, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ts. Ir. Ahmad Izram Osman dan Pengarah JBPM Negeri Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zaidi Ma’at. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu Julianah Samni, 45, dari Kampung Tanah Merah Krubong berkata, dia mewakili ibunya Azizah Budin, 79, untuk menerima sumbangan bakul Ramadan berkenaan.

“Alhamdulillah, ini kali pertama ibu saya menerima sumbangan bakul Ramadan, terima kasih atas keprihatinan JBPM Negeri Melaka, lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini.

“Saya harap program sebegini dapat diteruskan supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu, sekali gus menceriakan keluarga mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post PENGENDALI MAKANAN DI MELAKA SEMAKIN MATANG, CAKNA ASPEK KEBERSIHAN
Next post MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET