
BURUH MENGAKU SALAH ROMPAK GELANG EMAS GUNA PENCAKAR TANAH
Tertuduh Raiznan Shah Ruzmi, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rompakan seutas gelang emas milik Farha Yaacob, 51, dengan menggunakan senjata maut iaitu sebatang besi pencakar tanah di sebuah rumah di Kampung Mahligai Melor, Bachok pada 6.15 pagi, 10 Okt lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli memohon mahkamah agar tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes itu adalah serius.
Zulkifli menetapkan 19 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam dan mengarahkan tertuduh ditahan reman.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
