
Cemas 15 minit terperangkap dalam bank
PAYA RUMPUT 2 Jun – Seorang lelaki berusia 51 tahun cemas apabila terperangkap lebih 15 minit di dalam bank dipercayai sewaktu hendak mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM), tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu di sebuah bank di Bandar Utama Cheng itu, lelaki berkenaan terpaksa menghubungi pihak bomba apabila pintu bank berkenaan dipercayai terkunci secara automatik.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.45 pagi sebelum tiba ke lokasi tiga minit selepas itu.
Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar seorang lelaki berusia 51 tahun terperangkap di dalam bank.
“Tindakan anggota bomba menyuruh mangsa membuka pintu dengan memecahkan break glass Emergency Door Release untuk membuka pintu tersebut dan mangsa berjaya keluar dari bank berkenaan,” katanya.
Menurut jurucakap JBPM Melaka, operasi itu tamat pada jam 1.06 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR BUKIT KATIL: BANGUNAN TAMBAHAN PPKI DEMI KESELESAAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS – KM
BUKIT KATIL 19 Disember - Pembinaan bangunan tambahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil...
UNIMEL TAWAR TUJUH KURSUS PASCASISWAZAH ‘FAST TRACK’
KUALA LINGGI 19 Disember - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mempelawa calon yang berminat untuk mengikuti kursus pascasiswazah secara 'fast track'...
WRUR BUKIT KATIL: KETUA MENTERI BERSARAPAN BERSAMA KOMUNITI BUKIT PULAU
BUKIT KATIL 19 Disember - Ketibaan konvoi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang singgah untuk bersarapan di...
KARNIVAL MASJID TANAH; KAMPUNG KITA TARIK PERHATIAN ORANG LUAR MELAKA
LENDU 19 Disember - Lima beranak sanggup menangguhkan perjalanan pulang ke Kota Tinggi, Johor semata-mata mahu menghadiri Forum Perdana 1...
MEDIA MELAKA BANTU TINGKAT KEYAKINAN ANAK MUDA, IBU BAPA DALAM TVET
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Peranan media amat penting dalam membantu meningkatkan keyakinan anak muda dan ibu bapa dalam bidang...
MPHTJ PACU BANDAR MAMPAN, BERDAYA HUNI, BERDAYA SAING 2035
AYER KEROH 19 Disember - Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 2035 (Penggantian) akan memastikan pembangunan bandar...

