
CENDERAHATI EKSKLUSIF MENARA TAMING SARI SEMPENA VM 2026
BANDA HILIR 30 September – Menara Taming Sari memperkenalkan variasi cenderahati edisi khas bersempena penganjuran Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB), Nur Azan Hasan berkata, antara cenderahati dilancarkan pihaknya adalah kipas, topi dan beg yang direka khusus.
“Cenderahati keluaran edisi khas ini bukan sahaja bersempena WTD 2025 tetapi untuk sambutan VM 2026 akan datang.
“Cenderamata edisi khas ini juga sudah dipromosikan di resuai MTSB pada penganjuran Visit Malaysia Travel Meet di Encore Melaka, alhamdulillah kami mendapat maklum balas yang amat positif dan menggalakkan.
“Dengan pengenalan cenderamata edisi khas ini diharapkan pengunjung dan pelancong datang ke Melaka pulang dengan membawa kenangan penuh makna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) yang melawat Menara Taming Sari, semalam.
Lawatan delegasi asing itu turut diiringi Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad.
Menurutnya, MTS dari semasa ke semasa giat menjalankan promosi dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke produk pelancongan ikonik itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.