Sorting by

×

‘CHANNEL KAK SOM UNTUK SEMUA’ PLATFORM DEKAT DENGAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PENGKALAN BATU 9 Januari – Inisiatif mewujudkan saluran ‘Channel Kak Som Untuk Semua’ menerusi aplikasi kumpulan WhatsApp membuka ruang komunikasi lebih dekat di antara Yang Berhormat (YB) dan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, penubuhan saluran itu adalah sebagai medium penyampaian maklumat, selain menerima maklum balas rakyat secara terus.

“Inisiatif membangunkan ‘Channel Kak Som Untuk Semua’ adalah bagi memastikan penduduk DUN Pengkalan Batu khususnya sentiasa mendapat maklumat tepat dan terkini berkaitan usaha pembangunan, aktiviti kebajikan dan pelbagai program yang telah dan sedang dilaksanakan.

“Menerusi saluran ini juga, penduduk amat dialu-alukan untuk berkongsi cadangan, pandangan serta menyalurkan maklum balas bagi sama-sama kita membangunkan DUN Pengkalan Batu yang lebih lestari dan sejahtera,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, sebarang isu atau perkara yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk juga digalakkan untuk disalurkan menerusi platform tersebut agar penyelesaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saluran ini adalah komunikasi dua hala untuk itu suarakanlah atau maklumkan secara terus tentang sebarang pemasalahan agar kita sama-sama dapat mencari penyelesaian terbaik.

“Justeru itu sokongan serta pandangan rakyat amat diperlukan bagi membolehkan agenda pembangunan DUN Pengkalan Batu dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi pembangunan lebih mampan.

“Marilah kita bersama-sama mengharmonikan, mencantikkan dan membersihkan DUN Pengkalan Batu demi keselesaan serta kesejahteraan semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

470
Kongsi :
Previous post FUNWALK @ MPJ AJAK WARGA JASIN KEKAL SIHAT
Next post DUA MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI PULAU SEBANG, LELAKI MAUT