
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac – Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka Mall’ terbukti memberi impak positif apabila membantu meringankan beban golongan memerlukan.
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, maklum balas cukup positif diterima apabila pusat pakaian yang terletak di aras satu bangunan Melaka Mall itu sentiasa dikunjungi ramai.
Susulan itu, ujar beliau, inisiatif itu akan diteruskan di Melaka Mall bagi membantu meringankan beban lebih ramai insan memerlukan.
“Sambutan amat menggalakkan malah semakin hampir dengan Aidilfitri kehadiran boleh dikatakan lebih 20 keluarga sehari datang dan memilih pakaian yang mereka mahukan.
“Dengan adanya inisiatif sebegini ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut hari raya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Sapiah, selain pakaian terpakai terdapat juga barangan kanak-kanak dan kelengkapan rumah.
“Kami mempelawa kepada semua yang memerlukan jangan segan untuk singgah ke Charity Outlet Melaka Mall bagi mengambil pakaian mahupun keperluan yang diperlukan.
“Setiap hari Charity Outlet Melaka Mall beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang untuk itu orang ramai dialu-alukan untuk datang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI
KLEBANG 19 Mac - Seramai 166 anggota trafik digerakkan di seluruh negeri ini sebagai kesiapsiagaan Polis Melaka bagi menghadapi peningkatan...
TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMIHILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...
AYAM RM5 BUKTI ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIRASAI WARGA TABOH NANING
TABOH NANING 19 Mac –Jualan ayam serendah RM5 seekor di Dewan Terbuka Taman Sri Naning di sini, mendapat sambutan menggalakkan...
25,000 AYAM RM5 HABIS DALAM TEMPOH EMPAT JAM
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Sebanyak 25,000 ayam murah ditawarkan pada harga RM5 seekor sempena sambutan genap tiga tahun pentadbiran...
PERTANDINGAN TIKTOK RAYA MASJID TANAH TAWAR HADIAH RM5,000
AYER LIMAU 19 Mac - Orang ramai berpeluang memenangi ‘duit raya’ dengan menyertai TikTok Raya Masjid Tanah yang menawarkan hadiah...
