Sorting by

×

CMI AGIH BUBUR LAMBUK TANDA INGATAN RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 6 Mac – Semangat berkongsi rezeki sempena Ramadan terus disemarakkan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) menerusi program memasak dan agihan bubur lambuk.

Program anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI itu menzahirkan semangat kebersamaan antara warga kerja sempena Ramadan yang mulia ini.

Pengerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI Nazry Mohd berkata, sebanyak satu periuk bubur lambuk disediakan sejak pagi secara bergotong-royong.

Menurutnya, sebanyak 400 bungkus bubur lambuk berjaya disiapkan dan diagih kepada komuniti sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Selain itu, katanya, bubur lambuk itu juga diedar kepada dua institusi tahfiz di Durian Tunggal iaitu Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Ainussyukriah dan Maahad Tahfiz Darul Huda.

“Ini merupakan acara tahunan yang kita anjurkan sebagai tanda keprihatinan dan usaha berkongsi keberkatan Ramadan.

“Selain berkongsi rezeki, matlamat utama kita adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara warga kerja CMI sempena bulan mulia ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada Program Pengagihan Bubur Lambuk Anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI.

648311082 1347996654037965 2201244271646235612 n
GOTONG-ROYONG memasak bubur lambuk oleh kakitangan CMI.

Terdahulu, aktiviti gotong-royong dan agihan bubur lambuk itu turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar CMI Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh.

Dalam pada itu, Nazry memaklumkan, CMI menerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan terus menyemarak Ramadan dan Syawal dengan pelbagai pengisian bersama kakitangan, antaranya majlis berbuka puasa bersama, selain jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

415
Kongsi :
Previous post DIDIK MASYARAKAT KURANGKAN BEG PLASTIK DI PASAR RAMADAN
Next post MENARA TAMING SARI, SAHABAT PELANCONGAN ‘MEREWANG’ MASAK BUBUR LAMBUK