Sorting by

×

‘CONTENT CREATOR’ PERLU ADA ILMU, BUKAN SEKADAR KEJAR POPULARITI

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BEMBAN 2 Julai – Menjadi pencipta kandungan digital atau ‘content creator’ bukan semata-mata untuk mengejar populariti, namun ilmu atau penguasaan dalam bidang itu perlu disertai dengan rasa tanggungjawab.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, media sosial hari ini sangat berkuasa dan digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Pencipta kandungan digital juga perlu ada strategi, teknik yang betul dan ilmu berterusan, contoh saya sendiri bermula daripada kosong, ambil masa setahun baru ada ‘view’ yang tinggi.

“Jangan buat kandungan sekadar syok sendiri. Perlu ada teknik dan ilmu yang betul, baru mesej sampai,” katanya ketika berucap pada Program Digital Creator Masterclass’ anjuran Melaka Hari Ini (MHI) sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Japerun Bemban, di sini, hari ini.

Menurutnya, penghasilan kandungan digital yang baik boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk kepentingan duniawi tetapi memberi impak positif kepada masyarakat dan nilai akhirat.

“Media sosial kini menjadi alat untuk banyak perkara seperti politik, perniagaan dan hiburan. Tetapi ia perlu digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kandungan dibuat bermanfaat di dunia dan akhirat,” katanya.

6278023052151341726
TENAGA pengajar, Faris Haikal Zakaria ketika menyampaikan perkongsian berkaitan asas komunikasi berkesan di hadapan kamera pada Program Digital Creator Masterclass sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban yang diadakan di Japerun Bemban. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau turut memuji penganjuran kelas yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman MHI dan diberikan secara percuma walaupun pakej berkenaan bernilai hampir RM300 bagi setiap peserta.

“Ini satu usaha murni, MHI memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar, agensi ini juga satu jenama yang dipercayai dan ini peluang yang tidak patut disia-siakan,” katanya.

Program tersebut menghimpunkan peserta sekitar DUN Bemban berminat memperkasa kemahiran digital melalui latihan praktikal dan perkongsian pengalaman secara langsung bersama pengamal industri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

544
Kongsi :
Previous post WRUR BEMBAN: CMI, KMB BERSAMA KOMUNITI GOTONG-ROYONG INDAHKAN SURAU
Next post WRUR MEDAN PROMOSI, RANCAKKAN BIDANG TVET UNTUK ANAK MUDA