Sorting by

×

‘CONTRACT FARMING’ BANTU JAGUNG MELAKA DIBELI PADA HARGA LEBIH TINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 20 November – Koperasi Komong Jasin Berhad dan Golden Corn Marketing Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan hasil tuaian jagung diusahakan petani di negeri Ini dibeli pada harga lebih tinggi dari harga pasaran.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, melalui pelaksanaan konsep ‘contract farming’ itu usahawan tani tidak lagi berdepan masalah memasarkan produk berkualiti tinggi yang dihasilkan.

“Selama ini ramai pengusaha berdepan kesukaran apabila hasil pertanian sukar dijual secara terus ke pasar selain terpaksa berdepan kerenah orang tengah yang menyebabkan harga jatuh.

“Dengan adanya ‘contract farming’ ini hasil tuaian dibeli terus oleh pemborong melalui syarikat terlibat dan harga telah ditetapkan lebih tinggi daripada harga pasaran berdasarkan kualiti yang dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Hari Ladang Peringkat Daerah Jasin 2025 di Ladang Jagung Rim, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Pengarah Pertanian Negeri Melaka Rozli Azizi Talib.

Dr. Muhamad Akmal yang juga Adun Merlimau berkata, inisiatif itu sekali gus memberi jaminan dan mengurangkan kerisauan usahawan tani untuk menjual hasil mereka.

“MOU ni akan menguntungkan dan memudahkan usahawan kita untuk menjual hasil pertanian mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post KOMITMEN MBMB SEDIA INFRASTRUKTUR PERNIAGAAN BERKUALITI
Next post BAJET 2026 MELAKA: BELIA MAHU KEMAHIRAN DIGITAL, KUALITI HIDUP DAN PEMILIKAN RUMAH DIBERI PERHATIAN