
COVID-19: 260 kes dicatat hari ini, kedua tertinggi sejak pandemik landa negara
PUTRAJAYA 1 Okt. – Sebanyak 260 kes baharu COVID-19 dicatat hari ini, kedua tertinggi di Malaysia selepas 4 Jun lalu yang merekodkan 277 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Lebih membimbangkan, hanya satu kes import dicatat daripada jumlah itu manakala 259 lagi merupakan penularan dalam negara melibatkan 130 warganegara dan 129 bukan warganegara.
“Daripada 259 kes itu, 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah menjadikan kes keseluruhan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah ialah 119 kes sejak 20 Sept lalu,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 11,484 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 1,334 kes.
Sementara itu, terdapat 47 kes yang pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang telah pulih kini melebihi lima angka iaitu sebanyak 10,014 kes atau 87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
