
COVID-19: 6,509 kes baharu hari ini, Selangor tertinggi dengan 2,049 kes
KUALA LUMPUR 24 Mei – Kes positif baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan sedikit penurunan hari ini dengan 6,509 kes berbanding rekod tertinggi 6,976 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di akaun rasmi Twitternya hari ini berkata, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes.
Ini diikuti Sarawak dengan 530 kes, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan 468 kes, Kelantan (451), Pulau Pinang (384), Kedah (348) serta Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing 329 kes.
Terengganu pula melaporkan 263 kes disusuli Pahang (257), Perak (231), Sabah (184), Labuan (171), Putrajaya (40) dan Perlis (tujuh).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS ‘AJAK SEKAMPUNG’ MERIAHKAN 130 ACARA
TELOK MAS 12 Jun – Sebanyak 130 program menarik untuk segenap lapisan masyarakat bakal mewarnai kehidupan masyarakat di Dewan Undangan...
YAYASAN PELAJARAN MARA BANTU PERKASA AKADEMIK ANAK MELAKA
LENDU 12 Jun - Usaha memperkasakan bidang akademik anak Melaka turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM),...
UMNO MELAKA BUKA PINTU KERJASAMA KEPADA SEMUA PIHAK
LENDU 12 Jun - UMNO Melaka bersedia membuka ruang kerjasama kepada mana-mana pihak yang mampu menyumbang kepada kekuatan parti serta...
‘TOK RAUF LOVE YOU TOO’
LENDU 12 Jun - Laungan 'I Love Tok Rauf' daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, dibalas 'I Love...
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
MIIEX 2026 HIMPUN LEBIH 900 PRODUK INOVASI INKLUSIF UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 12 Jun - Lebih 900 produk inovasi bakal diketengahkan pada program Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX) 2026 yang...
