
COVID-19 : JaPen Melaka edar 10,000 bahan penerbitan
BUKIT BARU 20 Feb. – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Melaka mengedarkan 10,000 bahan penerbitan berkaitan maklumat COVID-19 setakat Januari lalu.
Pengarahnya, Mohd Rizal hashim berkata, kesemua bahan penerbitan itu diagihkan di 361 lokasi menerusi hebahan bergerak Info On Wheels (IOW).
“Sebanyak 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka telah dijelajahi pasukan JaPen Melaka dengan mesej utama berkaitan Pematuhan SOP sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga mengenai Proklamasi Darurat.
“Kita juga memberi peringatan dan penjelasan kepada masyarakat melalui pembesar suara yang dibantu rakan strategik JaPen Melaka,” katanya pada sidang media selepas Program IOW di Pusat Niaga Bukit Baru, hari ini.
Program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Pada masa sama, JaPen Melaka turut memasang kain rentang dan gegantung mengenai proklamasi darurat melibatkan lebih 150 lokasi strategik dan menjadi tumpuan awam di seluruh negeri Melaka.
Hadir sama Penyelaras Parlimen Hang Tuah Jaya, Mohd Ridwan Mohd Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARMONIKAN SEKOLAH, BENDUNG GEJALA BULI – KM
AYER KEROH 18 Ogos - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka disarankan supaya memperhalusi setiap inisiatif dan merangka langkah strategik lebih berkesan...
MELAKA RAIH TIGA ANUGERAH UTAMA TOURISM INDUSTRY AWARD 2025
AYER KEROH 18 Ogos - Melaka terus mengukir nama diperingkat antarabangsa selepas meraih tiga kategori utama pada Tourism Industry Award...
RMK13: MELAKA KEMUKA 258 PROJEK PEMBANGUNAN
AYER KEROH 18 Ogos - Melaka telah mengemukakan permohonan sebanyak 258 projek menerusi Rolling Plan 1 (RPI) Rancangan Malaysia Ke-13...
BAJET 2026 MELAKA: KONGSI PANDANGAN, CADANGAN MENERUSI MEDIA SOSIAL KETUA MENTERI
AYER KEROH 18 Ogos - Kerajaan Negeri bakal merangka Bajet 2026 secara lebih inklusif terutamanya dengan mengambil kira pandangan rakyat...
PRESTASI KEWANGAN MELAKA TERUS KUKUH – KM
AYER KEROH 18 Ogos - Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri terus menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan konsisten prestasi kewangan syarikat berkaitan...
PENJAWAT AWAM USAH BERLENGAH KUASAI AI – KM
AYER KEROH 18 Ogos – Penjawat awam di Melaka diminta segera meneroka dan menguasai kemahiran berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi...