
COVID-19: JKNK akan saring pemandu bas, lori dari zon merah
KOTA BHARU 23 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan bekerjasama dengan syarikat pengangkutan bas dan lori di Kelantan, bagi menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap pemandu mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata ini merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan kesemua pemandu akan disaring khususnya mereka yang memasuki negeri ini dari kawasan zon merah COVID-19 seperti di Selangor.
“Selain syarikat bas, JKNK juga mengatur pertemuan dengan syarikat pengangkutan seperti lori bagi tujuan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelasnya lagi, kakitangan JKNK sendiri akan menjalankan ujian saringan terhadap pemandu bas dan lori terlibat di tempat syarikat mereka bekerja.
Mengenai perkembangan COVID-19 di Kelantan, Dr Zaini berkata setakat ini, tujuh individu termasuk dua wanita dikesan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan di dua hospital di negeri itu.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan adalah 178 kes sejak Mac lalu hingga semalam,” tambahnya.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PERJUANGAN SAYA UNTUK RAKYAT TIDAK AKAN BERAKHIR – KM
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Walaupun tempoh Kerajaan Negeri akan berakhir pada hujung tahun ini, namun Ketua Menteri Datuk Seri...
3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri...
KAMPUNG DIGITAL : 80 PERATUS PENDUDUK KAMPUNG PERIGI HANG TUAH ADA QR
DUYONG 31 Mac – Inisiatif Kampung Digital diperkenalkan Kerajaan Negeri terus menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 80 peratus penduduk Kampung...
WRUR PERKASA GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
KEJAYAAN ATAU KELEMAHAN BENTUK PERSEPSI RAKYAT – KM
SERI NEGERI 30 Mac - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kini memasuki fasa pelaksanaan, yang menuntut hasil nyata daripada setiap perancangan...
AGENSI, ANAK SYARIKAT MELAKA DISERU PERBANYAK INISIATIF CSR
SERI NEGERI 30 Mac – Kesemua agensi kerajaan, anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini dituntut untuk...
