
COVID: Hishamuddin dibenar keluar hospital petang ini
KUALA LUMPUR, 25 Feb – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif COVID-19, dibenarkan keluar dari hospital itu petang ini.
Beliau yang dijangkiti COVID-19 Isnin lepas, dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas itu.
Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini berkata hasil penilaian mendapati gejala yang dialami beliau telah pulih dan pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatannya.
“Saya dibenarkan keluar wad petang ini. Namun saya masih diwajibkan terus jalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan HAT Tuanku Mizan yang telah menjaga dan merawat dengan sebaik mungkin sepanjang saya menjalani isolasi di hospital ini. Saya juga hargai rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan kesembuhan saya,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...

