
COVID: Pelajar, kakitangan SEMESTA diminta jalani saringan
KUANTAN 22 Mei – Semua pelajar dan petugas Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) di Raub serta ahli keluarga mereka diminta menjalani ujian saringan COVID-19 secepat mungkin.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan ini kerana pihaknya telah mengenal pasti penularan yang berpunca daripada sekolah berkenaan.
“Sehubungan itu, semua individu terlibat diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk janji temu bagi ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan,” menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa itu berharap semua pihak dapat memberi kerjasama demi keselamatan rakyat negeri ini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI RAI PETUGAS PEMBERSIHAN SWM
AYER LIMAU 17 Mac - Peranan dimainkan oleh setiap petugas pembersihan dianggap amat besar terutama dalam menyokong usaha pembangunan negeri...
AIDILFITRI: MELAKA TINGKAT KUALITI JALUR LEBAR UNTUK KESELESAAN ANAK PERANTAU
ASAHAN 17 Mac - Kualiti liputan jalur lebar di Melaka, khususnya dalam kawasan luar bandar dipertingkat bagi memberi keselesaan kepada...
MBMB TERUS MELAKAR KEJAYAAN – KM
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merangkul 35 pengiktirafan dan anugerah...
LELAKI MAUT, 4X4 DIREMPUH TRELER KETIKA BERHENTI TEPI JALAN
ALOR GAJAH 17 Mac – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah...
AB RAUF HARGAI PENGORBANAN 200 WARGA MBMB BERTUGAS DI AIDILFITRI
AYER KEROH 17 Mac - Pengorbanan kira-kira 200 warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertugas sempena sambutan Hari Raya...
BANDA HILIR DIJANGKA JADI TUMPUAN AIDILFITRI INI
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjangkakan kehadiran pengunjung ke kawasan Banda Hilir mencecah lebih 50,000...
